UTHMANY WARRANTY CARD @ TERMA & SYARAT

Terima kasih atas pembelian barangan dari Uthmany, kami berharap anda berpuas hati dengan barangan yang dimiliki.

Dengan pembelian barangan dari Uthmany, anda secara rasminya bersetuju untuk menerima terma dan syarat penjualan yang ditetapkan oleh pihak Uthmany.

Di sini kami memberi jaminan kepada pengguna Uthmany supaya anda memiliki barangan kami setimpal dengan servis yang kami berikan.

1)    Jika pembelian barangan dari Uthmany mempunyai kerosakan (defect) yang dianggarkan nisbahnya yang mencacatkan barangan tersebut, anda boleh buat tuntutan semula dengan gantian yang baharu.

2)    Kerosakan tersebut mestilah dari kondisi asal pembungkusan yang diterima dan bukanlah kerosakan yang telah berlaku selepas penggunaan.

3)    Jika pihak penjual tidak mempunyai stock yang sama dengan stock yang ingin ditukar maka boleh untuk membuat tempahan dengan outlet/pengedar lain.

4)    Jika gantian tiada stock maka pembeli boleh buat tuntutan gantian wang semula (refund) dalam tempoh 5 hari.

5)    Proses gantian semula (renfund) perlulah di buat segera dalam tempoh tersebut dan selepas 5 hari dari belian tersebut maka urusan gantian semula tidak akan sah.

6)    Proses gantian/tuntuan hanya dibuat di tempat pembeli berurusan sahaja, tidak boleh menuntut dengan penjual/pengedar yang lain.

7)    Proses gantian/tuntutan hanya dibenarkan sekali sahaja.

8)    Jika belian melalui online yang melibatkan caj postage, pihak penjual akan menanggung kos postage tersebut.

9)    Untuk pembelian yang melibatkan size/warna/corak yang ingin ditukar selepas pembelian, caj akan dikenakan bermula dari RM30, (disarankan pembeli perlu memastikan barangan yang hendak dibeli di Uthmany adalah pilihan yang tetap)

10)    Tuntutan gantian semula wang (jika perlu) haruslah senilai dengan harga yang telah dibeli, jika ianya dibeli pada harga promo, gantian haruslah juga senilai denganya.

11)    Barangan yang ditukar perlulah dengan barangan yang sama size/warna/corak (tidak dibenarkan tukar dengan yang lain) caj akan dikenakan untuk penukaran barangan yang tidak sama denga nasal.

12)    Barangan percuma (Free gift) tidak boleh ditukar jika berlaku kerosakan/defect.

13)    Setiap penukaran dan apa juga claim kerosakan/defect perlulah disertakan dengan bukti belian yang lengkap dan sahih. Jika gagal sertakan dengan bukti belian maka proses gantian tidak dapat diteruskan.

Sebarang pertanyaan boleh melalui social media rasmi Uthmany.hq di Facebook, Instagram & Tiktok.

Sekian terima kasih.